cari pe tuh..???

me beloved followers..

Monday, May 31, 2010

tajuk cadangan: Dia milik ku? (part 2)

"Okey, okey, leeekkkk llluuuu," sempat lagi dia tiru lakonan Cat Farish dalam muvie Semerah Cinta Stilleto.
"Sorry okey, sorry. Kita gurau je tu. Awak nak saya wat pe tok awak?" masih lagi dia tersengih depan aku. aku pulak naik meluat.

"Hm, esok jumpa di lebri blok A, tingkat atas bahagian tempat yang foreigner, jam8 malam sharp. Lambat seminit you're dead,"

"Tapi...,"

"Ah, tak de tapi-tapi. Aku tak nak dengar sebarang alasan dari ko,"
"Bukan, tapi esokkan hari Ahad, lebri bukak pun sampai jam 4 je," katanya sambil tersengih.

Aiseh, amacam aku boleh lupa pulak ni? Cuai betul aku ni. Okey, tak pe plan B.

"Okey, tukar masa, jumpa jam 2 petang tempat masih sama. Condition pun masih sama. Sharp dan tepat,"

"Okey boss, arahan diterima," katanya sambil mengangkat tangan tanda menyerah. Aku hampir tergelak melihat gelagatnya. Dia tersenyum. Aik? Gila ke apa budak ni? Senyum tak sudah-sudah. Aku pulak naik tensen.

"Ingat! Esok!" sekali lagi aku memberi peringatan kepadanya sebelum berlalu dengan memberikan jelingan dan pandangan maut pada dia dan rakan-rakannya. Biar dorang tau yang dorang tak leh pijak kepala aku.


"Dox, sape tu? Garang gila. Macam nak makan orang je aku tengok," kata Fikri.

"Adalah," Cdox tersenyum lagi. 'Apa akan jadi dengan diri aku lepas ni?' Bisik hati ekcil Cdox sambil tersenyum. Senyum lagi? Apa maksud sebanar senyuman di bibir Cdox ni? Senyuman yang memberi banyak maksud tetapi hanya difahami oleh Cdox sendiri.
Apa nak jadi dengan aku ni? Tak kan boring sangat sampai aku terdesak wat macam tu sekali? Entah hantu apalah yang merasuk aku hari ni sampai aku boleh wat orang yang aku tak kenal jadi orang suruhan aku? Orang suruhan? Dengan erti kata lain, HAMBA? Aku ni biar betul? Aku wat orang jadi HAMBA aku? Gila aku gila. Apa yang aku nak sebenarnya ni? Yeah, aku tau, senyuman jahat kembali muncul di bibir aku. Sejak bila aku menjadi jahat ni?

Esoknya, jam 1.50 tengahari, lebri blok A, tingkat 2.

Mana port yang paling sesuai untuk ‘operasi besar’ ini dijalankan? Mataku tertumpu pada sudut yang berhampiran dengan tandas yang hanya mempunyai 3 meja study. Wokey! Set! Jumpa pun. Aku duduk dengan selesa sambil meletakkan segala keperluan yang diperlukan dalam operasi ini. Jam di tangan ku menunjukkan pukul 1.15 petang. Mana budak ni? Deadfish lah dia kalau dia tak muncul. Apasal lah lambat sangat masa berlalu ni? Atau aku yang dah tak sabar-sabar ni?
“Sorry sangat, tapi saya tak terlambatkan?” soalnya dalam keadaan yang seperti orang yang tak cukup nafas tapi masih lagi dengan senyumannya. Naik bengang kepala hotak aku. Aku melihat jam di tangan ku.
“Hm, masih ada 5 saat lagi sebelum jam2. Masih diterima.
“Duduk,” arahku. Seperti yang aku jangka, dia mengikut arahanku. Aku meneliti dirinya dari pangkal rambut hingga ke hujung jari kaki. Hm, tak nampak jari kaki dia sebab dia guna kasut pulak daa. Aku sedar dia merasa pelik dengan perangaiku, tapi aku peduli apa.
“Aku nak ko baca ni,” aku menghulurkan sekeping kertas kepadanya.






Sunday, May 30, 2010

tajuk yang belum pasti lg...!!! (part 1)

BORING....!!!!
Huh, itu sajalah yang selalu keluar dari bibirku yang cumil ini. Tiada kata-kata madah pujangga yang indah yang dapat aku gambarkan perasaan aku tika ini. BORINK!!!! Gila-gila punya boring yang tahap cipan punyalah. Bagi aku yang telah hidup salama hampir 21 tahun, (sebenarnya tak genap lagi hehe) tiada perkara yang boleh membuatkan aku excited sampai melonjak dari ground state ke excited state, bak istilah yang selalu digunakan dalam bidang chemistry. Yalah, nama pun student chemistry kan.


"Iyez, kalau tetiba nyawa kita kena amek amacam? Tak bagus tau cakap macam tu. Itu menidakkan kuasa Tuhan namanya,"

Teringat aku pada kata-kata seorang bestfriend aku ni, Izam. Astaghfirullahal'azim, apa yang aku cakap ni? Apa yang aku fikir ni?

"Berdosa besar tau cakap macam tu. Macam tak menghargai pemberian ALLAH S.W.T pencipta kita,"

Nasihat seorang lagi bestfriend aku, Dafi, melintas di fikiran aku. Napa aku boleh jadi sampai macam ni sekali? Ya ALLAH, bukan niat hamba-Mu ini untuk menidakkan kuasa dan takdir dari-Mu apatah lagi tidak menghargai nikmat yang telah Engkau berikan. Aku cuma masih tidak tahu apa yang aku inginkan dan mahukan dalam hidup aku ini.

Setiap hari aku menjalani rutin yang sama, kadang-kadang aku terasa seperti ingin lari dan hilang dari tempat di mana aku berada sekarang. Kalau lah ada something yang akan berlaku dan akan merubah hidup aku pada masa hadapan alangkah bahagianya. Tinggi betul angan aku ni kan?

Bilalah masa tu akan datang??
Aku senang berjalan-jalan sendirian apabila otakku serabut. Dengan earphone besar di telinga, lagu aku pasang kuat. Aku berjalan tanpa mengendahkan pandangan pelik orang terhadap aku. Napa? Mesti dorang malu nak jadi macam aku, pasal tu lah dorang cakap-cakap. Kita, kalau terlalu kisah dengan apa yang orang sekeliling cakap, kita tak kan dapat hidup tenang dan selesa. Kadang-kadang kita perlu bersikap pelik dan pentingkan diri sendiri untuk mencari siapa diri kita yang sebenar. Macam apa yang aku sedang buat ni.

Maldo obshi sarangeul alkae hago~

Maldo obshi sarangeul naekae jugo~

Sumkyeol hana jucha~

Noldam kae hae noh koh~
I roh kae do mang ka nikka~

Aku menyanyi mengikut rentak lagu kegemaran ku, lagu OST You're Beautiful, betul atau tak aku pun tak tahu. kalau lah wujudnya 'HWANG TAE KYUNG' di Malaysia ni kan best. Orang yang se'hensem' Hwang Tae Kyung dan juga berperangai seperti Hwang Tae Kyung jugak. Aku lah insan yang paling bahagia sekali. Oh, Hwang Tae Kyung, Sarang hae yo. Tapi pandang kah orang tu dengan aku? Aku ni, nothing special, gemok '+' pendek lagi tu. Sape lah yang nak? Hm....

"Bukk," bola bergolek-golek di depan aku setelah me'landing'kan dirinya di atas kepala aku. Hantu mana lah yang bagus sangat teknik main bola ni sampai kepala aku yang cumil-lutih ni dia tak nampak.

"Hoi, hantu mana yang terror sangat main bola sampai tendang pun kena kepala aku nih?" sergah ku pada sekumpulan budak lelaki yang bermain di belakang aku. aku memandang mereka satu persatu dengan pandangan yang tajam dan 'killer'lah orang katakan. Kalah pembunuh upahan kot.

"Sorry lah kak, tak sengaja tadi, tertendang kuat sangat. Biasa lah kak, musim exam ni nak lepas kan tensen lebih siket," tersengih-sengih budak laki yang mengaku salahnya itu. Kakak? Banyak canteek muka dia panggil aku kakak? Pantang datuk moyang sebelah suami tiri orang gaji angkat aku tau kena panggil kakak. Ni nak makan penumbuk free dari aku kot.

"Ewah-ewah, sape kakak ko ni? Sejak bila aku jadi akak ko ni? Ko ingat ko ensem aku nak maafkan lah ye? No way man. Aku nak ko bayar dengan nyawa ko," entah dari mana aku mendapat kekuatan untuk berkata seperti itu. Aku sendiri pelik dengan diri aku sendiri.

"Eh, akak puji saya ensem ye? Waa.. Bahagianya. Hehe tapi kak, tak kan sampai macam tu sekali kot? Jangan main-main dengan nyawa ni kak, bahaya tu. Kita hidup hanya sekali," sekali lagi budak ni tersengih macam stoking busuk aku yang tak cuci sebulan.

"Eh, aku bukan akak ko lah. Pandai ko wat lawak eh? Yang ko baling bola kena kepala aku tu, ko fikir apa? Kalau aku mati , hidup aku hanya sekali jugak tau. Ko ingat aku hidup ni banyak kali ke?" aku membesarkan biji mata aku, baru dia tahu aku ni tak main-main. Dia aku lihat tersenyum simpul. Aik? senyum pulak budak ni? Aku tengah 'hot' ni boleh pulak dia senyum? Gunung berapi aku dah nak meletop dah ni.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget